Rendang Daging #noncrispy



RENDANG DAGING



Assalamualaikum w.b.t
Apa habaq semua. Ya Allah pejam celik dah raya.Pejam dan celik lagi rupanya dah lama Che Nad tidak kemaskinikan blog ini. Alhamdulillah , Allah masih beri peluang untuk jenguk kembali blog ini. Okey tak mau sembang lebih, kita proceed dengan tajuk utama kita.

Post yang sebelum ini, Che Nad kongsi cara untuk buat Rendang Cili Padi Kupang & Rendang .  Untuk raya kali ini 2018 Che Nad akan kongsikan cara untuk  memasak rendang daging. Daging yang Che Nad dapat ini adalah daging tempatan harimau menangis. Daging ini selalu orang buat bakar dan cicah air asam. Pemilihan daging tidak kisah nak guna bahagian mana pun.Jom kita tengok bahan apa yang kita guna

Bahan - Bahan

1 kilogram             Daging
3 biji                      Bawang besar
7 ulas                     Bawang putih
5 batang                 Serai
1 inchi                    Halia
1 inchi                    Kunyit hidup
1 inchi                    Lengkuas
150 gram               Cili kisar
50 gram                 Rempah kurma
100 gram               Kerisik
3 keping                Asam keping
50 gram                Gula melaka/ gula merah/gula pasir
200 gram              Santan
1 ikat                    Daun kunyit
3 helai                  Daun limau purut
Minyak untuk menumis
Garam






Cara penyediaan






Panaskan minyak. Anggaran dalam 1/2 cawan. Tumiskan bawang besar yang telah dihiris nipis bersama dengan cili kisar sehingga naik bau.

Masukkan serbuk rempah kurma dan sedikit air. Kacau dan masak sehingga pecah minyak.

Masukkan bahan yang dikisar halus iaitu halia,serai, kunyit hidup,lengkuas dan bawang putih. Kacau.



Masukkan daging yang telah dipotong dan dibasuh bersih bersama dengan 2 liter air atau  air secukupnya.


Masukkan separuh daun kunyit , daun limau purut serta asam keping dan gula melaka.


Tunggu sehingga adunan mendidih . Perlahankan api dan biarkan merendidih sehingga separa pekat.


Masukkan santan dan kerisik. Perasakan dengan garam. Hendaklah dikacau  sentiasa untuk mengelakkan hangit atau melekat. Kacau sehingga rendang menjadi pekat.

Akhir sekali, taburkan hirisan baki daun kunyit. kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.


Hidangan ini sedap dimakan bersama dengan
Ketupat pulut
Ketupat nasi
Nasi putih
Nasi lemak
Roti

Nota/tips


  1. Untuk dapatkan daging yang lembut. Pastikan potongan daging dipotong lawan urat.
  2. Jika ingin pedas, kuantiti cili kisar boleh ditambah atau digantikan dengan cili padi.
  3. Jika menggunakan daging kerbau. Daging kerbau hendaklah di rendam bersama dengan air serta 3 sudu makan cuka selama sejam atau lebih . Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau hanyir pada daging dan juga akan melembutkan daging kerbau.

Comments

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^cc
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.biz...^_~3:23 PM 15-Sep-20
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete
  2. Lucky Creek Casino: Now Open | Jackson Hole Casino
    The Lucky Creek Casino is open and excited to 청주 출장샵 welcome you 시흥 출장샵 back to a world 삼척 출장마사지 at play! 경기도 출장안마 Exciting slot machines, world-class restaurants, exciting live 제주 출장안마 entertainment and

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sambal Belacan Limau Nipis

Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Goreng Berempah Berserdak!