Posts

Showing posts from August, 2021

Sambal Belacan Limau Nipis

Image
SAMBAL BELACAN LIMAU NIPIS Sambal belacan umpama pelengkap sesuatu hidangan. Rasa pedas,masin,masam dan manis beserta dengan aroma belacan bakar, sangat mengiurkan. Ada orang kata kalau tak dak sambal belacan, nasi tak lalu nak makan. Sambal belacan yang Che Nad share ini, kadang dipanggil sambal mentah. Cara pembuatan hanya bakar belacan dan dikisar dengan food processor . Kalau nak lagi sedap dan original tumbuk dengan menggunakan lesung batu.  Teringat zaman Che Nad kecil, Arwah Tok Anjung buat sambal belacan sangat teliti. Dibelah cabai, diasingkan biji dan isi cabai. Lepas itu Arwah Tok Anjung akan  tumbuk dulu biji cabai dan baru dia masukkan bahan-bahan yang lain. Rasa sambal belacan arwah memang padu beb! Bahan- Bahan 10     biji                Cili merah 20     biji                Cili padi 2       biji                Limau nipis 1/2    sudu kecil     Garam 1       sudu besar     Gula 2       keping           Belacan Cara Penyediaan Cili merah dan cili padi dibuang tangkai . P

Pajeri Terung Panjang

Image
  PAJERI TERUNG PANJANG Assalamualaikum w.b.t Nasi putih panas, pajeri dan ikan masin. Kombinasi yang mampu memikat sesiapa saja yang menjamahnya. Sepinggan nasi belum cukup. Tambah itu pasti. Pajeri mempunyai pelbagai versi. Rempah dan teknik memasak adalah sama. Cuma dari segi kepekatan kuah, jenis sayuran yang digunakan bergantung kepada citarasa tersendiri. Pajeri kalau lagi lama disimpan lagi sedap . Segala rempah dan bahan semua akan mesra bersama.  Bahan - Bahan 2- 4      biji                  Terung Panjang ( Saiz sederhana) 7          ulas                  Bawang merah 3          ulas                  Bawang putih 2          inchi                 Halia 2          tangkai             Daun Kari 1          sudu besar        Udang kering 25        gram                 Serbuk rempah kari daging 3          sudu besar        Kerisik 200      ml                     Santan 3          sudu besar        Gula merah                                       4 sekawan ( Kulit kayu manis, Bunga

Cara Membuat Kerisik Paling Mudah.

Image
  CARA MEMBUAT KERISIK ( HOMEMADE) Assalamualaikum w.b.t Hanya menggunakan 1 bahan sahaja kita boleh dapat kerisik yang mempunyai rasa dan tekstur yang original. Tiada sukatan. Kalau buat banyak boleh simpan. Kerisik boleh tahan lama dengan cara penyimpanan yang betul. Che Nad recommended Kerisik disimpan di dalam bekas bertutup dan letak di dalam  peti sejuk. (Chiller) Bahan - Bahan Kelapa parut putih Cara Penyediaan Dengan api yang perlahan, sangai  kelapa parut putih sehingga keperangan. Pastikan  kelapa parut sentiasa dikacau. Kelapa parut putih yang telah keperangan. Pastikan lesung dalam keadaan yang kering. Tumbuk kelapa parut sehingga lumat. Kelapa parut ini perlu ditumbuk ketika masih panas. Tekstur selepas ditumbuk lumat. Minyak yang terhasil adalah minyak  original daripada kelapa. Boleh digunakan terus untuk masakan atau disimpan di dalam bekas. Kerisik ini  boleh digunakan untuk masakan:- Rendang Pajeri Air Asam  Gulai Samah @ Pesamah

Roti Pandan Gula Melaka Ala Roti Gardenia Pandan Kelapa

Image
ROTI PANDAN GULA MELAKA ALA ROTI GARDENIA PANDAN KELAPA Assalamualaikum. " When baking, follow directions. When cooking, go by your own taste"- Laiko Bahrs.  Pernah baca quote ini? Pastri & Bakeri adalah satu seni yang perlu kita ikut peraturannya. Resepi kena baca. Teknik perlu kita paham. Suhu bahan, suhu persekitaran dan suhu membakar kena betul. Kalau masak kita boleh campak-campak or agak-agak, tapi untuk pastri  dan bakeri banyak pantang larang yang perlu kita follow dan hadam. Erti kata lain kena betul-betul teliti. Untuk post Che Nad kali ini, Che Nad nak kongsi resepi cara membuat Roti Pandan Gula Melaka ala Roti Gardenia Pandan Kelapa. Ini merupakan resepi asas roti yang Che Nad olah sendiri. Semoga memberi manfaat untuk semua.  BAHAN-BAHAN DOH 400  gram Tepung Roti @ Tepung Serbaguna 11    gram  Instant Yeast 1      tsp     Bread improver 130  gram  Santan 60    gram  Air sejuk 1      biji     Telur ( Gred B) 1/2   tbsp    Pes Pandan 40    gram  Gula halus @ Gu