PROFILE





Nama : Nur Nadhirah Azmi
Asal    : Butterworth,Pulau Pinang


Pendidikan

Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Kastam
Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2,Kedah - Katering
Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan,UiTM Dungun, Terengganu
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Seni Kulinari,UiTM Shah Alam, Selangor

Hobi


Mendengar lagu ,membaca novel, snorkeling dan Jungle trekking.

Sejak dari kecil, saya suka melihat cara Tok saya menyediakan makanan. Dari membeli bahan, potong bawang dan sehingga proses memasak. Dari situlah, saya begitu teruja ingin cuba memasak. Sambal tumis merupakan menu yang pertama yang saya masak .Hasilnya semestinya tidak sempurna seperti terlalu masam dan terlalu pedas. Tetapi saya tidak mudah putus asa. Mana mungkin, saya boleh gagal dalam menyediakan menu kegemaran saya sendiri.Saya cuba masak lagi dan cuba lagi.

Setiap kali saya mencuba resepi baru, saya akan cuba catatkan bahan yang perlu dikurangkan atau ditambah.Bahan yang mana perlu dimasukkan dulu dan sebagainya. Dengan itu saya terfikir untuk wujudkan Blog Dapur Che Nad ini. Selain dari berkongsi resepi saya juga ingin memberi sedikit tunjuk ajar kepada rakan - rakan yang mempunyai zero knowledge dan skill memasak.Tidak tahu memasak bukannya alasan untuk kita tidak mahu memasak.Tidak salah sekali sekala mencuba sesuatu yang baru.

Kebanyakan resepi yang saya kongsikan ini mengunakan alatan sukatan seperti jug penyukat, penimbang digital, sudu penyukat dan cawan penyukat. Kepada yang masih baru dalam dunia masakan, anda semua terpaksa melabur sedikit dengan membeli alatan ini. Tujuannya adalah hendak memastikan anda semua biasa dengan bahan-bahan yang digunakan. Cuba masak sehingga anda tidak perlu lagi menggunakan alatan sukatan ini.

Akhir kata, jika ada sebarang pertanyaan atau sebarang komen mengenai resepi yang saya kongsikan.Jangan segan silu untuk tinggalkan soalan, kritikan atau pesanan kepada saya. Insya Allah, jika ada kritikan saya akan perbetulkan.Jika ada soalan saya akan cuba jawabkan^^

"Memasak bukan sahaja untuk memenuhi selera diri sendiri tetapi  selera orang yang berada disekeliling kita juga"



Comments

  1. Assalamualaikum senior. Tumpang tanya, best tak DFSM? Because I got the offer in DFSM :)

    ReplyDelete
  2. Walaikumusalam.
    Kalau ada minat pasti best! Bolah tau dapat offer kat kampus mana?

    ReplyDelete
  3. salam che nad.adik sya dpt kos dip pengurusan perkhidmtn mknn kt dungun.kos ni memg popular ek among sume cwgn yg ad kos ni.nk tye ok x kos ni??

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam akie kiela ramli
    Saya tidak pasti sama ada kos ini popular or tak / OK or x OK.but if adik awak ada passion nak belajar saya rasa tak menjadi masalah untuk teruskan kos ini^^

    Kos ni ada praktikal & teori klass. Praktikal kelas - kitchen,class serving . + ada praktikal training dlm 4 bulan at hospital,fast food restaurant, hotel etc. klas teori cam klas biasa (all yg kita belajar mostly related to foodservice industries)




    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sambal Belacan Limau Nipis

Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Goreng Berempah Berserdak!