Pajeri Terung Panjang
PAJERI TERUNG PANJANG
Assalamualaikum w.b.t
Nasi putih panas, pajeri dan ikan masin. Kombinasi yang mampu memikat sesiapa saja yang menjamahnya. Sepinggan nasi belum cukup. Tambah itu pasti. Pajeri mempunyai pelbagai versi. Rempah dan teknik memasak adalah sama. Cuma dari segi kepekatan kuah, jenis sayuran yang digunakan bergantung kepada citarasa tersendiri. Pajeri kalau lagi lama disimpan lagi sedap . Segala rempah dan bahan semua akan mesra bersama.
Bahan - Bahan
2- 4 biji Terung Panjang ( Saiz sederhana)
7 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
2 inchi Halia
2 tangkai Daun Kari
1 sudu besar Udang kering
25 gram Serbuk rempah kari daging
3 sudu besar Kerisik
200 ml Santan
3 sudu besar Gula merah
4 sekawan ( Kulit kayu manis, Bunga lawang, Pelaga,Bunga cengkih)
Garam
Minyak masak
Cara Penyediaan
Kupas dan mayang halus bawang merah, bawang putih, dan halia.
Masukkan kerisik ( Cara Membuat Kerisik Homemade) dan juga gula merah. Jika guna gula melaka masukkan dalam 50 gram .
Masukkan terung dan kacau rata seketika.
Masukkan santan dan diikuti dengan air. Yang ni Che Nad letak air dalam kotak santan dan kocak-kocak. Sebanyak 5x air. Jumlah dalam 1 liter. Jika masih pekat, tambah air.
Pajeri Terung ini sedap dimakan bersama
Nasi putih
Roti
Comments
Post a Comment