Posts

Showing posts with the label kari mamak

Kari Ikan Tanpa Santan 2.0 . Kari mamak!

Image
 KARI IKAN TANPA SANTAN 2.0 ( KARI MAMAK) Siapa tak rindukan keenakan  nasi kandaq penang mari. Kuah kari  pekat dan likat  sampai melekat bau kari walaupun  sudah sabun serta cuci tangan. Musim pandemik,mesti ramai sudah cuba pelbagai jenis resepi. Mungkin ada yang diantara kita sudah hebat di dapur. Pejam mata pun dah boleh siap. Apa kata cuba resepi  kari mamak aka Kari Ikan Tanpa Santan 2.0 ini. Tiada banyak perbezaan dengan kari mamak yang pernah Che Nad post sebelum ini. ( Sila rujuk Kari Ikan Tanpa Santan ). Teknik dan cara penyediaan masih sama, cuma ada penambahan bahan iaitu  ketumbar. Masak kari menggunakan daun ketumbar ini, Che Nad belajar dari jiran sebelah rumah, Mendiang Aunty Mary. Bau rempah tumisan selalu singgah ke rumah sehingga mak merisik jiran tanya tips nak bagi kari ikan lagi sedap.  Serbuk rempah kari yang Che Nad guna masih sama iaitu serbuk rempah yang dibeli di Kedai Rempah Ali, Market Kepala Batas @ Market Permatang ...