Roti Pandan Gula Melaka Ala Roti Gardenia Pandan Kelapa

ROTI PANDAN GULA MELAKA ALA ROTI GARDENIA PANDAN KELAPA

Assalamualaikum.



" When baking, follow directions. When cooking, go by your own taste"- Laiko Bahrs. 

Pernah baca quote ini? Pastri & Bakeri adalah satu seni yang perlu kita ikut peraturannya. Resepi kena baca. Teknik perlu kita paham. Suhu bahan, suhu persekitaran dan suhu membakar kena betul. Kalau masak kita boleh campak-campak or agak-agak, tapi untuk pastri  dan bakeri banyak pantang larang yang perlu kita follow dan hadam. Erti kata lain kena betul-betul teliti. Untuk post Che Nad kali ini, Che Nad nak kongsi resepi cara membuat Roti Pandan Gula Melaka ala Roti Gardenia Pandan Kelapa. Ini merupakan resepi asas roti yang Che Nad olah sendiri. Semoga memberi manfaat untuk semua. 



BAHAN-BAHAN

DOH

400  gram Tepung Roti @ Tepung Serbaguna
11    gram  Instant Yeast
1      tsp     Bread improver
130  gram  Santan
60    gram  Air sejuk
1      biji     Telur ( Gred B)
1/2   tbsp    Pes Pandan
40    gram  Gula halus @ Gula kastor
60    gram  Marjerin
1      tsp     Garam

INTI
50 gram  Gula Melaka ( potong dadu)

Nota: tsp - teaspoon | tbsp - tablespoon




CARA PENYEDIAAN

Untuk penyediaan doh, Che Nad menggunakan Bread Maker  Russell Taylor . Button No.17 : Knead. Masa 30minit. Untuk jenis brand breadmaker selain daripada  Russell Taylor  sila rujuk manual yang diberikan. Selalunya, untuk bread maker kita akan mulakan cecair dahulu.

Untuk uli menggunakan tangan: Campurkan bahan kering iaitu tepung, bread improver ,yis segera dan  gula halus @ gula kastor. Di bekas lain masukkan cecair seperti air,santan,pes pandan dan telur. Campurkan kedua-dua bahan . Uli sehingga 60% dan baru masukkan garam dan marjerin dan sambung uli sehingga doh elastik.

Santan yang Che Nad guna adalah S&P Santan kotak. Terpulang kalau nak guna brand atau santan fresh, asalkan sukatan tepat.

Tujuan menggunakan air ais adalah untuk mengelakkan doh menjadi panas ketika menguli di dalam breadmaker @ mixer. Doh yang panas ketika menguli akan menyebabkan yis aktif  dan  50% yis akan mati akibat terlalu panas. Apabila mati automatik doh tidak boleh naik sewaktu proses rehat doh aka 1st fermentation.

Jika uli menggunakan tangan boleh guna air biasa.

Masukkan telur & dan pes pandan.

Masukkan yis segera. 

Masukan gula halus atau gula kastor.

Masukkan tepung dan bread improver. Tujuan meletak bread improver adalah untuk menolong yis aktif dan membantu untuk  naikkan doh. Boleh skip jika tiada bahan ini.

Kneading : Russell Taylor  Breadmaker : Button N0.17 Knead. Che Nad set 30 minit untuk mengandun dan menguli doh ini. Dan selalunya breadmaker ini akan stop sekejap di minit ke 15,Jangan risau waktu ini, boleh la kita masukkan garam dan juga marjerin. Doh akan sambung uli pada minit ke 10 sehingga habis tempoh masa menguli.

Jika  uli menggunakan tangan : Tidak bergantung kepada masa, tetapi bergantung pada tahap kekuatan kita menguli doh itu. Uli doh sehingga elastik dan windowpane check!( Boleh click sini untuk mengetahui lebih lanjut WINDOWPANE TEST )


 Salt & Marjerin : Russell Taylor Breadmaker : Masukkan garam dan marjerin Dua  bahan ini diletakkan paling akhir , tujuan untuk sebatikan lagi doh , Ingatkan kita letak air sejuk , jika letak marjerin pada awal akan menyebabkan marjerin tidak sebati dan berketul. Bagi garam pula, garam musuh utama yis tetapi garam juga pemberi rasa kepada roti kita.

 Jika doh melekit waktu menguli menggunakan tangan.Dilarang sama sekali untuk menambah tepung,jangan risau continue uli sehingga doh menjadi elastik.


1st Fermentation : Setelah doh diuli sebati, oles sedikit minyak pada mangkuk adunan. Bulatkkan doh dan letakkan di dalam  mangkuk serta tutup dengan kain lembap atau plastik. Rehatkan doh sehingga doh naik 2 kali ganda. Letak saja di atas meja. Suhu sekitar dapur sudah cukup untuk naikkan doh. Kalau hujan mungkin perlukan masa. Anggaran masa rehat/ 1st fermentation : 30minit ++


Sementara menunggu doh kita naik 2x ganda, boleh la potong kuib gula melaka.

Punching : Doh akan naik 2x ganda seperti di dalam gambar. Tumbuk atau tekan doh untuk keluarkan gas di dalam doh.


Timbang dan  bahagikan kepada 3 bahagian. Anggaran 250gm/doh.


Bench time : Bulatkan dan rehatkan doh sekejap dalam 5mins. Tujuan dia untuk elakkan doh mengecut atat shrink apabila kita hendak bentukkan doh. Doh pun stress. Ha Ha Ha. Jangan lupa tutup dengan plastik atau kain lembap untuk elak doh jadi elephant skin aka berkerak dipermukaan.



Shaping & make up : Masa untuk bentukkan doh. Selepas bench time, ambil satu doh dan canaikan memanjang( segiempat tepat) . Dustkan dengan sedikit tepung di tempat canai , doh dan pencanai @ rolling pin.


Taburkan gula melaka yang telah dipotong kuib.Dengan menggunakan tapak tangan tekan perlahan sedikit dipermukaan gula untuk lekatkan gula.


Lipat doh seperti gambar di atas. Tidak kisah nak start kiri atau kanan. Janji lipat 2 ke tengah.


Dari atas or bawah gulung seperti gambar di atas.


Bahagian yang terbuka kita seal seperti dalam gambar.

Masukkan ke dalam bekas yang diglis dengan sedikit marjerin. Bekas yang Che Nad guna ini, jenis yang non stick dan khas untuk buat roti sandwich. Ada pelbagai saiz.Boleh beli di Shoppe @ Lazada : Loaf bread mould.


Final Proofing : Restkan sehingga 2x ganda. Pastikan ditutup dengan plastik atau kain lembap.

Baking : Panaskan oven dalam 170C, api atas bawah. Bakar adunan dengan anggaran masa dalam 50minit - 40 minit atau sehingga masak. Tempoh dan suhu bergantung kepada oven masing-masing.

Cooling & Packaging : Setelah masak keluarkan roti dari loyang dan sejukkan. Simpan di dalam bekas atau plastik. Tutup supaya roti tidak mudah kering. 

Selamat mencuba! 


Nota:
Tips untuk penggunaan Yis. Yis di pasaran Malaysia ada 2 jenis iaitu Yis segera dan Yis basah aka compressed yeast. 
  1. Yis segera tidak perlu diaktifkan atau dilarutkan dengan air atau air suam. 
  2. Untuk aktifkan Compressed yeast , ia perlu dilarutkan dengan air +gula.  
  3. Pastikan yis ( tidak kisah brand) disimpan ditempat kering dan terhindar dari cahaya atau suhu yang panas. 
  4. Yis yang telah dibuka, hendaklah disimpan di dalam bekas bertutup dan diletakan di dalam peti sejuk (Chiller). 
  5. Yis yang tamat tempoh tidak boleh digunakan. 
  6. Jika masih was was untuk menggunakan yis.Ambil satu sudu kecil yis, campur dengan air biasa dan gula.Apabila berbuih maka yis itu boleh digunakan, jika tidak berbuih , tanda yis telah mati.
  7. Jika di dalam resepi menggunakan compressed yeast dan anda hanya ada yis segera, maka kurangkan kuantiti yis segera. Contoh, jika di dalam resepi 20 gram Compressed yeast, gantikan dengan 10gm @ 11 gm yis segera.
  8. Makanan yis adalah gula dan suhu. Tetapi jika suhu terlalu panas akan menyebabkan yis mati.













Comments

Popular posts from this blog

Sambal Belacan Limau Nipis

Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Goreng Berempah Berserdak!