Cara Membuat Kerisik Paling Mudah.

 CARA MEMBUAT KERISIK ( HOMEMADE)

Assalamualaikum w.b.t


Hanya menggunakan 1 bahan sahaja kita boleh dapat kerisik yang mempunyai rasa dan tekstur yang original. Tiada sukatan. Kalau buat banyak boleh simpan. Kerisik boleh tahan lama dengan cara penyimpanan yang betul. Che Nad recommended Kerisik disimpan di dalam bekas bertutup dan letak di dalam  peti sejuk. (Chiller)


Bahan - Bahan

Kelapa parut putih




Cara Penyediaan

Dengan api yang perlahan, sangai  kelapa parut putih sehingga keperangan. Pastikan  kelapa parut sentiasa dikacau.

Kelapa parut putih yang telah keperangan.


Pastikan lesung dalam keadaan yang kering. Tumbuk kelapa parut sehingga lumat. Kelapa parut ini perlu ditumbuk ketika masih panas.


Tekstur selepas ditumbuk lumat. Minyak yang terhasil adalah minyak  original daripada kelapa. Boleh digunakan terus untuk masakan atau disimpan di dalam bekas.


Kerisik ini  boleh digunakan untuk masakan:-

  • Rendang
  • Pajeri
  • Air Asam 
  • Gulai
  • Samah @ Pesamah










Comments

Popular posts from this blog

Sambal Belacan Limau Nipis

Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Goreng Berempah Berserdak!