Kari Ikan Tanpa Santan

KARI IKAN(Tanpa Santan)



Kari Ikan tanpa santan atau lebih dikenali sebagai kari mamak.Rasanya perlu masam,pedas dan pekat. Bagaimana hendak pekatkan kari ikan yang tidak letak santan? Mudah saja,iaitu serbuk kari perlu diletak lebih.Kegunaan serbuk rempah kari ini bergantung kepada citarasa masing-masing. Serbuk rempah kari yang  selalu digunakan oleh Che Nad adalah yang dibeli terus dari kedai rempah mamak. Rasa rempah ini lebih enak dari kita beli dari peket biasa.Untuk yang dalam peket, rempah cap "O" antara yang menjadi rempah kari utama jika stok rempah kari yang dibeli dari kedai mamak kehabisan.
Selamat mencuba resepi Kari Ikan tanpa santan ini. Jika anda terasa resepi ini terlalu banyak, sila separuhkan semua sukatan.

Bahan- Bahan



600gram                   Ikan biji nangka 
4 ulas                       Bawang merah
6 ulas                       Bawang putih
1 biji                       Bawang besar
1 sudu besar             Halba campur
2 tangkai                  Daun Kari
125ml                      Minyak masak
80gram                    Serbuk rempah kari ikan
3 sudu besar             Asam jawa (+ 1 cawan air . Diambil jusnya sahaja.)
2 biji                       Tomato
2 biji                       Terung
2 pokok                    Daun bawang
2 biji                       Cili hijau
Air
Garam



Cara penyediaan.




 Sediakan bahan- bahan untuk menumis.

 Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar.

1. Bawang besar dihiris nipis.
2. Bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk kasar.
3. 1 sudu besar halba campur.
4. Daun kari yang diambil dari 2 tangkai.

Panaskan minyak.

Tumiskan bawang besar yang dihiris,bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk,halba campur dan daun kari.

 Tumis sehingga naik bau dan bawang kelihatan agak garing dan layu.

 Masukkan serbuk rempah kari ikan.

Masukkan  2 cawan air dan kacau rata.

Kacau sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak (seperti gambar diatas)

Setelah pecah minyak, masukkan jus asam jawa.

Dan juga, 3 cawan atau 4 cawan air.Kacau rata dan tunggu sehingga kuah mendidih.

 Apabila kuah sudah mendidih, masukkan terung yang telah dibelah 4. Jikalau terung agak besar boleh dibelah 6 atau 8.


 Setelah masukkan terung, masukkan juga ikan dan biarkan mendidih sekali lagi.


Masukkan daun bawang yang dipotong dan tomato yang dibelah 2 atau 4.

Tutup api dan masukkan 2 biji cili hijau. Sedia untuk dihidangkan.



Nota/Tips:
  1. Untuk mengelakkan ikan menjadi hancur.Jangan masak terlalu lama.
  2. Gunakan asam jawa yang mempunyai biji. Asam jawa jenis ini tidak terlalu masam.
  3. Anda juga boleh menggunakan ikan lain selain dari biji nangka seperti Ikan   Bawal/Merah/Jenahak/Kembong dan lain-lain.
  4. Kari Ikan ini akan menjadi pekat dan sedap jika disediakan sehari awal.

Kari Ikan tanpa santan ini sedap dimakan bersama
Nasi putih
Roti 
Roti Canai 






Comments

Popular posts from this blog

Sambal Belacan Limau Nipis

Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Goreng Berempah Berserdak!