Cara Membuat Jus Asam Jawa (Untuk Masakan)


CARA MEMBUAT JUS ASAM JAWA

(Untuk Masakan)


BAHAN-BAHAN



2 sudu besar            Asam Jawa  (yang mempunyai biji )
1/2 cawan              Air


CARA PENYEDIAAN


 Asam jawa yang digunakan adalah asam jawa di dalam peket dan mempunyai biji. Asam Jawa ini tidak terlalu masam berbanding yang tidak mempunyai biji.

Nota:Bagi yang menggunakan pes asam jawa ADABI.Tunggu update dari Che Nad . Memandangkan asam jawa ini sangat masam jika kita tersilap masukkan kuantiti pesnya.

 Asam jawa dan 1/2 cawan air dimasukkan ke dalam mangkuk dan ramas dengan mengunakan hujung jari.

 Dengan mengunakan penapis kasar. Tapiskan jus asam jawa.


Nota: Bagi yang mempunya penapis yang halus( seperti gambar diatas), sewaktu anda menapis hanya air sahaja yang ditapis dan pastikan anda buangkan biji dan ambil pati yang tertinggal di dalam penapis dan campur dengan air asam jawa yang telah ditapis tadi.

(Kiri) Jus asam jawa yang telah siap ditapis dan sedia untuk digunakan dalam masakan.
 (Kanan) Biji asam jawa.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUJUKAN
( Asam jawa di dalam peket dan mempunyai)

Untuk sambal tumis
2sudu besar     Asam Jawa
1/2 cawan       Air

Untuk kari
3 sudu besar    Asam Jawa
1 cawan          Air

(Pes ADABI)
- Akan dikemaskinikan-


Nota:-

 Cara membuat jus asam jawa ini bergantung kepada kuantiti masakan anda. Jika kuantiti masakan anda sedikit maka sedikit penggunaan asam jawa. Tidak semestinya anda mengikut 100% resepi Che Nad ini. ^^




Comments

  1. terima kasih!syukur ada yang buat tutorial untuk benda simple macam ni.sbb baru nak belajar memasak.hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sambal Belacan Limau Nipis

Resepi Ayam Goreng Berempah Berserdak!

Kari Ikan Tanpa Santan 2.0 . Kari mamak!