Ayam Masak Kicap
AYAM MASAK KICAP
Ayam masak kicap merupakan hidangan yang selalu dihidangkan bersama nasi putih putih atau nasi minyak. Mempunyai rasa masam,manis dan pedas ini adalah antara hidangan kegemaran seisi keluarga .Cili kering yang digoreng akan menambahkan lagi aroma dan rasa kuahnya. Anda tidak perlu risau berapa banyak garam yang perlu dimasukkan, yang penting kawal kuantiti kicap anda.Kicap yang selalu Che Nad gunakan adalah kicap manis kipas udang.Tahap kemanisan kicap bergantung pada jenis kicap yang anda gunakan. Che Nad sarankan masukkan kicap sedikit demi sedikit dan rasa.Tidak semestinya anda meletakkan semua kuantiti kicap yang ditulis oleh Che Nad.Jika kurang tambah, jika lebih kurangkan.Ini untuk mengelakkan ayam masak kicap anda terlalu masin. Selamat mencuba.
Bahan- Bahan
600gm Isi ayam (dada ayam)
2 biji Bawang besar (sederhana)
2 ulas Bawang putih
2 batang Serai
1 inchi Halia
4 biji Buah keras
20gm Cili kering
2 sudu besar Asam Jawa
2 tangkai Daun Kari
100ml Kicap manis
125ml Minyak masak
10gm Daun pudina + daun sup
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Cara penyediaan
Dada ayam dicuci bersih dan dipotong dadu.
Nota: Disebabkan ada pedal dan hati ayam, Che Nad masukkan juga.Terpulang kepada anda hendak campurkan ataupun tidak.
2 tangkai daun kari yang diambil daunnya sahaja.
Bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis.
Panaskan minyak dan goreng cili kering sehingga garing.
Nota: Cili kering tidak perlu direbus.
Cili kering yang telah digoreng,halia,bawang besar,buah keras,serai dan bawang putih dikisar halus dengan 1/2 cawan air.
Panaskan semula minyak yang menggoreng cili kering tadi dan tumiskan bahan kisar.
Masukkan daun kari,buah pelaga,bunga lawang,buah pelaga, bunga cengkih,kulit kayu manis dan tumis sehingga garing.
Nota: Jika terlalu kering, tambah sedikit minyak
Masukkan air asam jawa ( Rujuk link: Cara membuat Jus asam jawa)
Masukkan kicap manis, ayam dan 2 cawan air.
Masak sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.
Masukkan daun pudina dan daun sup apabila kuah menjadi pekat. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidangkan.
Hidangan ini sedap dimakan bersama
Nasi putih
Nasi minyak
Roti
Nota/Tips:
- Selain ayam, anda juga boleh gantikan dengan daging lembu dan kambing.
- Bawang besar mempunyai saiz yang berbeza. Jika terlalu besar, sebiji pun sudah mencukupi.
- Jika menggunakan daging, pastikan cara potongan daging betul.Untuk daging yang lembut masukkan air dalam 3 atau 4 cawan dan perlahankan api. Tudungkan kuali dengan penutup dan biarkan daging mereneh sehingga kuah menjadi pekat.
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.
Casino - Bracket betting guide for your chance to win
ReplyDeleteThe bsjeon.net Casino is a unique casino that has been around for https://septcasino.com/review/merit-casino/ over a decade. It has managed to offer gri-go.com great games such novcasino as jancasino.com Blackjack, Roulette and Video Poker,