Ikan Rambai Masak Cuka

IKAN RAMBAI MASAK CUKA


Ikan Rambai Masak Cuka ini merupakan menu yang paling mudah disediakan.Bahan- bahannya senang diperolehi dipasar dan kedai runcit.Selain ikan rambai, Ikan kembung/Ikan temenung dan ikan bawal  juga boleh digunakan. Hidangan yang ringkas ini mempunyai rasa masam, manis dan pedas.Jika anda seorang yang suka makanan pedas boleh ditambah kuantiti cili padi.Yang paling penting,setiap hidangan yang anda sediakan mestilah bersesuaian dengan selera anda.Che Nad hanya memberi
tunjuk ajar.Selebihnya adalah dari usaha anda.Selamat mencuba.

Bahan-bahan


600gram                     Ikan rambai
8 ulas                         Bawang merah
4 ulas                         Bawang putih
1 inchi                       Halia
1 sudu kecil                Biji sawi
125ml                        Minyak
15 biji                       Cili padi
1/3 cawan                 Cuka
1 biji                        Lobak merah
1 biji                        Timun (sederhana)
Serbuk kunyit



Cara Penyediaan



Ikan disiang dan dicuci bersih. Gaulkan ikan dengan  serbuk kunyit dan garam.

Panaskan minyak dan masukkan ikan.

Balikkan ikan untuk memasak bahagian yang belum dimasak lagi.

Apabila ikan sudah garing, angkat dan toskan minyak.

Lobak dibuang kulit dan timun dipotong memanjang.

Bawang merah dipotong 4,bawang putih dibelah 2 dan halia dihiris nipis.


Panasakan semula minyak yang digunakan untuk mengoreng ikan tadi.Tumiskan bawang merah,bawang putih,halia dan 1 sudu kecil biji sawi.

Masukkan 1 liter air dan 1/3 cawan cuka.

Masukkan  cili padi dan 1 sudu kecil serbuk kunyit. Kacau rata dan biarkan sehingga kuah mendidih.

Apabila kuah sudah mendidih masukkan lobak merah dan timun.

Perasakan dengan garam dan gula.


Biarkan kuah mendidih sekali lagi dan masukkan ikan yang telah digoreng. Masak ikan dalam 1 minit , tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Hidangan ini sedap dimakan bersama
Nasi putih
Nota/Tips

  1. Jika minyak terlalu banyak bolehlah dibuang sedikit.
  2. Jangan mendidihkan ikan terlalu lama kerana ikan mudah masak bila terkena haba. Lebih- lebih lagi apabila ikan ini telah pun digoreng.






Comments

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sambal Belacan Limau Nipis

Resepi Ayam Goreng Berempah Berserdak!

Kari Ikan Tanpa Santan 2.0 . Kari mamak!