Rendang Cili Padi Kupang dan Kerang.

RENDANG CILI PADI KUPANG & KERANG



Assalamualaikum w.b.t.  Alhamdulillah diberi kekuatan sekali lagi update resepi . Dapat inspirasi masak rendang ini dari mak kawan saya. Tak boleh dinafikan air tangan mak bila masak. Sedap sangat rendang daging cili padi mak cik! Sebab dah makan daging, saya cuba tukar masak dengan kerang dan kupang. Suka pedas? Sila tambah kuantiti cili padi anda ^^ Selamat mencuba.

Bahan-bahan


2 kilogram          Kerang/ Kupang ( Buang pasir, basuh bersih )
1 inchi                Halia
2 batang            Serai
2 tangkai           Cili kering
2 liter                Air
Garam

Bahan dikisar
1 biji                   Bawang besar
3 ulas                  Bawang putih
2 inchi                Halia
1 inchi                Lengkuas
1 inchi                Kunyit hidup
3 batang             Serai
25 biji                Cili padi 
Air

1 helai               Daun kunyit (Mayang halus)
2/3 helai            Daun limau purut
200 ml               Santan
120 gram           Kerisik
100 ml               Minyak
Garam
Gula


Cara Penyediaan


Kupang atau kerang hendaklah dicuci bersih terlebih dahulu dan direbus dengan 2 liter air bersama dengan halia+ serai yg diketuk+garam+cili kering.

Apabila kerang dan kupang terbuka,  menandakan kerang sudah masak. Angkat, toskan dan ambil isinya.


Bawang besar,bawang putih,cili padi,halia,lengkuas,serai, kunyit hidup dikisar halus.


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.


Setelah bahan yang dikisar telah naik bau dan garing masukkan santan.


Masukkan daun limau purut dan separuh daun kunyit yang dimayang.


Masukkan 1 cawan air.  Perlahankan api.Biarkan ia mereneh sehingga menjadi pekat. Kuah hendaklah sentiasa dikacau.


Kemudian, apabila kuah dah semakin pekat dan pecah minyak. Masukkan kupang/ kerang yang telah direbus dan diambil isi tadi ke dalam kuah. Kacau.


Akhir sekali masukkan kerisik, perasakan dengan garam dan gula dan jangan lupa masukkan baki daun kunyit. 


Kacau dan kacau lagi sehingga semua bahan serasi. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Hidangan ini sedap dimakan bersama dengan
Nasi putih
Nasi lemak
Roti
Ketupat


Nota/Tips.

  1.  Pastikan kerang/kupang yang anda beli adalah fresh. Apabila anda masak dan dapati kerang atau kupang anda tidak terbuka, anda disarankan untuk buang.Ini untuk elakkan keracunan makanan
  2. Jika anda ingin menyimpan kerang/kupang. Rebus,ambil isi dan simpan di dalam bekas tertutup di bahagian sejukbeku.

Comments

  1. sedap ni, boleh cuba. terima kasih kerana berkongsi resepi. btw done follow u, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
  2. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^cc
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.biz...^_~3:23 PM 15-Sep-20
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sambal Belacan Limau Nipis

Resepi Ayam Goreng Berempah Berserdak!

Kari Ikan Tanpa Santan 2.0 . Kari mamak!