Resepi Ayam Goreng Berempah Berserdak!
AYAM GORENG BEREMPAH BERSERDAK!
Assalamualaikum semua.
Last update resepi pada tahun 2018, kira-kira 2 tahun lepas Che Nad ada kongsi resepi Rendang Daging #Noncrispy . Ingat lagi? Kali ini Che Nad nak kongsi Tips cara nak buat Ayam Goreng Berempah simple,sedap dan berserdak!
Bahan - Bahan
Bahan A
1 labu Bawang besar
3 ulas Bawang putih
7 batang Serai
1 inchi Halia
1 inchi Lengkuas
2 tangkai Daun kari
1 sudu besar Biji ketumbar
1 cawan Minyak masak
Bahan B
1-2 ekor Ayam
3 sudu besar Serbuk rempah kari daging
1 cawan Kelapa parut
1 sudu kecil Serbuk kunyit
3 tangkai Daun kari
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan
Kisar halus serai,bawang besar,bawang putih, halia,lengkuas, biji ketumbar, daun kari bersama dengan minyak masak
Gaul bahan yang telah dikisar bersama kelapa parut, daun kari,serbuk kari daging,serbuk kunyit dan perasakan dengan garam.
Masukkan ayam dan gaul sebati dan perap selama 1 jam atau semalaman.
** Pastikan perapan ayam disimpan di dalam peti sejuk. Untuk mengelakkan perapan rosak dan keracunan makanan jika tidak disimpan dengan betul.
Sebelum menggoreng asingkan rempah perapan dan ayam. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak, angkat dan toskan. Akhir sekali, goreng rempah perapan sehingga keperangan, angkat, tos dan tabur di atas ayam goreng tadi.
SELAMAT MENCUBA!
Hidangan ini sedap dimakan bersama dengan
Nasi lemak
Nasi lemak
Nasi Minyak
Roti
Nasi kukus
Nasi putih
Tips/Nota:
- Untuk dapatkan serdak yang rangup dan tidak hangus. Rempah perapan dan ayam . Goreng ayam dahulu dan akhir sekali diikuti dengan rempah perapan.
- Perap ayam semalaman di dalam peti sejuk/chiller /freezer untuk rasa ayam goreng berempah yang sedap!
- Potong serai nipis dan memanjang seperti yang ditunjukkan di dalam gambar untuk dapatkan serdak yang lawa dan cantik apabila digoreng nanti.
singgah sini..wahh nampak sedap singguh ni.. tiba2 teringin mau makan ayam berempah
ReplyDeletejemput la selalu datang dan jangan lupa mencuba resepi dari sini. Banyak lagi resepi akan update selepas ini ^^
DeleteAJO_QQ poker
ReplyDeletekami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856