Posts

Kari Ikan Tanpa Santan 2.0 . Kari mamak!

Image
 KARI IKAN TANPA SANTAN 2.0 ( KARI MAMAK) Siapa tak rindukan keenakan  nasi kandaq penang mari. Kuah kari  pekat dan likat  sampai melekat bau kari walaupun  sudah sabun serta cuci tangan. Musim pandemik,mesti ramai sudah cuba pelbagai jenis resepi. Mungkin ada yang diantara kita sudah hebat di dapur. Pejam mata pun dah boleh siap. Apa kata cuba resepi  kari mamak aka Kari Ikan Tanpa Santan 2.0 ini. Tiada banyak perbezaan dengan kari mamak yang pernah Che Nad post sebelum ini. ( Sila rujuk Kari Ikan Tanpa Santan ). Teknik dan cara penyediaan masih sama, cuma ada penambahan bahan iaitu  ketumbar. Masak kari menggunakan daun ketumbar ini, Che Nad belajar dari jiran sebelah rumah, Mendiang Aunty Mary. Bau rempah tumisan selalu singgah ke rumah sehingga mak merisik jiran tanya tips nak bagi kari ikan lagi sedap.  Serbuk rempah kari yang Che Nad guna masih sama iaitu serbuk rempah yang dibeli di Kedai Rempah Ali, Market Kepala Batas @ Market Permatang ...

Cara Buat Cili Kisar ( Confirmed Jadi)

Image
  CARA MEMBUAT CILI KISAR  BAHAN-BAHAN 60gram     Cili kering Air CARA PENYEDIAAN Cili kering jenis kerinting.Cili kering ini tidak terlalu pedas. Cili kering dipotong dan dibuang bijinya. Masukkan cili kering dan 3 cawan air ke dalam periuk.Didihkan. Apabila mendidih, tutup api dan biarkan selama 10minit. Toskan air dan cuci bersih cili kering yang telah direbus. Masukkan cili kering dan 1/2 cawan air  ke dalam mesin pengisar dan kisar halus. Cili kering kisar ini siap untuk dimasak .

Cara Membuat jus Asam Jawa ( Untuk Masakan)

Image
  CARA MEMBUAT JUS ASAM JAWA (Untuk Masakan) BAHAN-BAHAN 2 sudu besar            Asam Jawa  (yang mempunyai biji ) 1/2 cawan              Air CARA PENYEDIAAN   Asam jawa yang digunakan adalah asam jawa di dalam peket dan mempunyai biji. Asam Jawa ini tidak terlalu masam berbanding yang tidak mempunyai biji. Nota:Bagi yang menggunakan pes asam jawa ADABI.Tunggu update dari Che Nad . Memandangkan asam jawa ini sangat masam jika kita tersilap masukkan kuantiti pesnya.  Asam jawa dan 1/2 cawan air dimasukkan ke dalam mangkuk dan ramas dengan mengunakan hujung jari.   Dengan mengunakan penapis kasar. Tapiskan jus asam jawa. Nota: Bagi yang mempunya penapis yang halus( seperti gambar diatas), sewaktu anda menapis hanya air sahaja yang ditapis dan pastikan anda buangkan biji dan ambil pati yang tertinggal di dalam penapis dan campur dengan air asam jawa yang telah ditapis tadi. (Kiri) Jus asam jawa yang t...

Resepi Ayam Goreng Berempah Berserdak!

Image
AYAM GORENG BEREMPAH BERSERDAK! Assalamualaikum semua.  Last update resepi pada tahun 2018, kira-kira 2 tahun lepas Che Nad  ada kongsi resepi    Rendang Daging #Noncrispy   . Ingat lagi? Kali ini Che Nad nak kongsi Tips cara nak buat Ayam Goreng Berempah simple,sedap dan berserdak!  Bahan - Bahan Bahan A  1 labu              Bawang besar  3 ulas               Bawang putih 7 batang          Serai  1 inchi             Halia 1 inchi             Lengkuas 2 tangkai         Daun kari 1 sudu besar    Biji ketumbar 1 cawan           Minyak masak Bahan B 1-2 ekor          Ayam  3 sudu besar   Serbuk rempah kari daging 1 cawan          Kelapa parut 1 s...

Rendang Daging #noncrispy

Image
RENDANG DAGING Assalamualaikum w.b.t Apa habaq semua. Ya Allah pejam celik dah raya.Pejam dan celik lagi rupanya dah lama Che Nad tidak kemaskinikan blog ini. Alhamdulillah , Allah masih beri peluang untuk jenguk kembali blog ini. Okey tak mau sembang lebih, kita proceed dengan tajuk utama kita. Post yang sebelum ini, Che Nad kongsi cara untuk buat Rendang Cili Padi Kupang & Rendang  .  Untuk raya kali ini 2018 Che Nad akan kongsikan cara untuk  memasak rendang daging. Daging yang Che Nad dapat ini adalah daging tempatan harimau menangis. Daging ini selalu orang buat bakar dan cicah air asam. Pemilihan daging tidak kisah nak guna bahagian mana pun.Jom kita tengok bahan apa yang kita guna Bahan - Bahan 1 kilogram             Daging 3 biji                      Bawang besar 7 ulas                     Bawang ...