Resepi Ayam Goreng Berempah Berserdak!

AYAM GORENG BEREMPAH BERSERDAK!

Assalamualaikum semua. 
Last update resepi pada tahun 2018, kira-kira 2 tahun lepas Che Nad  ada kongsi resepi   Rendang Daging #Noncrispy  . Ingat lagi? Kali ini Che Nad nak kongsi Tips cara nak buat Ayam Goreng Berempah simple,sedap dan berserdak! 


Bahan - Bahan

Bahan A 

1 labu              Bawang besar 
3 ulas               Bawang putih
7 batang          Serai 
1 inchi             Halia
1 inchi             Lengkuas
2 tangkai         Daun kari
1 sudu besar    Biji ketumbar
1 cawan           Minyak masak


Bahan B

1-2 ekor          Ayam 
3 sudu besar   Serbuk rempah kari daging
1 cawan          Kelapa parut
1 sudu kecil    Serbuk kunyit
3 tangkai        Daun kari
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan


Kisar halus serai,bawang besar,bawang putih, halia,lengkuas, biji ketumbar, daun kari bersama dengan minyak masak 

Gaul bahan yang telah dikisar bersama kelapa parut, daun kari,serbuk kari daging,serbuk kunyit dan perasakan dengan garam.

Masukkan ayam dan gaul sebati dan perap selama 1 jam atau semalaman. 

** Pastikan perapan ayam disimpan di dalam peti sejuk. Untuk mengelakkan perapan rosak dan keracunan makanan jika tidak disimpan dengan betul.


Sebelum menggoreng asingkan rempah perapan dan ayam. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak, angkat dan toskan. Akhir sekali, goreng rempah perapan sehingga keperangan, angkat, tos dan tabur di atas ayam goreng tadi.


SELAMAT MENCUBA!

Hidangan ini sedap dimakan bersama dengan
Nasi lemak
Nasi Minyak
Roti
Nasi kukus
Nasi putih

Tips/Nota:
  1.  Untuk dapatkan serdak yang rangup dan tidak hangus. Rempah perapan dan ayam . Goreng ayam dahulu dan akhir sekali diikuti dengan rempah perapan.
  2. Perap ayam semalaman di dalam peti sejuk/chiller /freezer untuk rasa ayam goreng berempah yang sedap!
  3. Potong serai nipis dan memanjang seperti yang ditunjukkan di dalam gambar untuk dapatkan serdak yang lawa dan cantik apabila digoreng nanti.

Comments

  1. singgah sini..wahh nampak sedap singguh ni.. tiba2 teringin mau makan ayam berempah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput la selalu datang dan jangan lupa mencuba resepi dari sini. Banyak lagi resepi akan update selepas ini ^^

      Delete
  2. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sambal Belacan Limau Nipis

Ayam Masak Kicap