Posts

Rendang Cili Padi Kupang dan Kerang.

Image
RENDANG CILI PADI KUPANG & KERANG Assalamualaikum w.b.t.  Alhamdulillah diberi kekuatan sekali lagi update resepi . Dapat inspirasi masak rendang ini dari mak kawan saya. Tak boleh dinafikan air tangan mak bila masak. Sedap sangat rendang daging cili padi mak cik! Sebab dah makan daging, saya cuba tukar masak dengan kerang dan kupang. Suka pedas? Sila tambah kuantiti cili padi anda ^^ Selamat mencuba. Bahan-bahan 2 kilogram          Kerang/ Kupang ( Buang pasir, basuh bersih ) 1 inchi                Halia 2 batang            Serai 2 tangkai           Cili kering 2 liter                Air Garam Bahan dikisar 1 biji                   Bawang besar 3 ulas                  Bawang putih 2 inchi ...

Ikan Rambai Masak Cuka

Image
IKAN RAMBAI MASAK CUKA Ikan Rambai Masak Cuka ini merupakan menu yang paling mudah disediakan.Bahan- bahannya senang diperolehi dipasar dan kedai runcit.Selain ikan rambai, Ikan kembung/Ikan temenung dan ikan bawal  juga boleh digunakan. Hidangan yang ringkas ini mempunyai rasa masam, manis dan pedas.Jika anda seorang yang suka makanan pedas boleh ditambah kuantiti cili padi.Yang paling penting,setiap hidangan yang anda sediakan mestilah bersesuaian dengan selera anda.Che Nad hanya memberi tunjuk ajar.Selebihnya adalah dari usaha anda.Selamat mencuba. Bahan-bahan 600gram                     Ikan rambai 8 ulas                         Bawang merah 4 ulas                         Bawang putih 1 inchi                       Halia 1 sudu kecil   ...

Ayam Masak Kicap

Image
AYAM MASAK KICAP Ayam masak kicap merupakan hidangan yang selalu dihidangkan bersama nasi putih putih atau nasi minyak. Mempunyai rasa masam,manis dan pedas ini adalah antara hidangan kegemaran seisi keluarga . Cili kering yang digoreng akan menambahkan lagi aroma dan rasa kuahnya . Anda tidak perlu risau berapa banyak garam yang perlu dimasukkan, yang penting kawal kuantiti kicap anda.Kicap yang selalu Che Nad gunakan adalah kicap manis kipas udang.Tahap kemanisan kicap bergantung pada jenis kicap yang anda gunakan. Che Nad sarankan masukkan kicap sedikit demi sedikit dan rasa.Tidak semestinya anda meletakkan semua kuantiti kicap yang ditulis oleh Che Nad.Jika kurang tambah, jika lebih kurangkan.Ini untuk mengelakkan ayam masak kicap anda terlalu masin. Selamat mencuba. Bahan- Bahan 600gm               Isi ayam (dada ayam) 2 biji                Bawang besar (sederhana) 2 ulas     ...